Pada tahun 2008, versi suntikan bahan api bagi Yamaha Spark 135 telah dilancarkan untuk pasaran Thailand, menjadikannya motosikal kapcai kedua yang menggunakan suntikan bahan api selepasHonda Wave 125i[1].
Spesifikasi
- Kod model: T135
- Enjin: SOHC 4 injap 4 lejang 135cc sejukan air
- Susunan silinder: Silinder tunggal condong ke hadapan
- Sesaran: 134.9 cc
- Kuasa kuda: 8.45 kW (11.33 PS) @ 8,500 rpm
- Kilasan: 11.65 Nm @ 5,500 rpm
- Kelajuan maksimum: 138 km/j[2]
- Lubang x lejang: 54.0 x 58.7 mm
- Nisbah mampatan: 10.9 : 1
- Transmisi: 4 kelajuan jaringan malar
- Klac: Klac empar automatik basah, berbilang plat (model klac manual juga boleh didapati)
- Sistem bahan api: Suntikan bahan api (2008 Yamaha Spark 135i di Thailand sahaja); karburetorMikuni VM22 dengan pengesan kedudukan pendikit (negara lain)
- Kerangka: Tiub keluli bentuk berlian
- Gantungan hadapan: Teleskopik
- Gantungan belakang: Monoshock
- Brek hadapan: Cakera, omboh tunggal
- Brek belakang: Gelendong
- Berat kering: 103 kg
- Muatan bahan api: 4.0 L
Ciri-ciri
- DiASil (silinder aluminum tuangan) dengan pengaliran haba lebih baik bagi menyingkirkan haba berlebihan lebih cepat.
- Omboh tempaan lebih ringan
- Lengan jumpelang galas pengguling dengan kurang geseran daripada lengan jumpelang biasa.
- Enjin 4 injap sejukan air - Konfigurasi enjin 4 injap menghasilkan kecekapan volumetrik lebih baik daripada motosikal kapcai 4 lejang lain yang rata-rata menggunakan rekaan 2 injap, membolehkan enjin menghasilkan kilasan lebih tinggi pada rpm lebih tinggi. Walau bagaimanapun, sesaran enjin 135 mengehadkan keupayaan sistem sejukan udara sementara mengekalkan reka bentuk kapcai padat, maka sistem sejukan air dengan kecekapan sejukan lebih baik digunakan.
- Suntikan bahan api (2008 Yamaha Spark 135i diThailand sahaja) bagi keluaran asap lebih bersih serta lebih cekap daripada model berkaburetor.
- Karburetor dengan pengesan kedudukan pendikit dan pam pemecut (negara lain) - Y135LC menggunakan karburetor Mikuni VM22 dengan pengesan kedudukan pendikit untuk pemasaan penyalaan lebih baik, serta pam pemecut bagi pecutan dan tindak balas permulaan lebik baik.
- Penukar bermangkin - Walaupun kebanyakan motosikal kapcai mampu melepasi piawaian emisi yang ketat tanpa menggunakan penukar bermangkin, Yamaha mengambil inisiatif memasang penukar bermangkin bagi memenuhi piawaian emisi lebih ketat pada masa akan datang.
- Rim sport dengan tayar tanpa tiub (piawaian bagi model di Malaysia sahaja)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan